Monday, October 25, 2010

Kepartian tidak wujud dalam Islam?

Tulisan ini adalah bagi menjawab isu parti tiada dalam Islam dan menjadi sebab utama perpecahan umat Islam.

Jika dulu masyarakat kita didendangkan/dilagukan dengan politik suku dan agama suku, dan perkara ini telah mendarah-daging serta amat sukar untuk dibuang oleh kita, tapi kini perkataan itu sudah hampir tiada dengan berkat kesungguhan alim-ulama’ yang berterusan dalam menyampaikan Islam yang syumul. Parti politik yang berakidah sekular pun sekarang sudah bercakap tentang agama dan malu untuk mengulangi perkataan sedemikian.

Sehingga pada ketika itu, siapa yang memasukan agama ke dalam politik, ia dianggap asing dan boleh mengancam pemerintah serta dianggap pemberontak. Sehinggakan ada ulama yang di ‘ISA’ kan serta dikenakan pelbagai tindakan zalim yang lain.

Selesai masalah itu. Tetapi timbul masalah lain pula. Beberapa golongan/jemaah Islam cuba menidakkan keperluan parti politik yang menjadi pemain utama (key player) kepada politik demokrasi dan menganggapnya adalah haram dan menjadi penyebab utama pecah belah.

Hujah mereka adalah berdasarkan ucapan Imam Hasan Al-Banna ketika menyampaikan ucapan dalam satu perhimpunan mahasiswa Ikhwan Muslimin pada tahun 1357 Hijrah. Ucapan yang disampaikan pada ketika itu menyatakan yang kepartian ini tidak ada dalam Islam dan menjadi punca perpecahan umat Islam di Mesir yang mana ketika itu baru hendak didirikan. Imam Hasan Al-Banna agak keras ketika menidakkan ketidakperluan politik kepartian di Mesir ketika itu.

Tetapi jika diperhalusi sehingga akhir ucapannya,

1. Beliau tidak menidakkan secara mutlak ketidakkeperluan kepada parti politik di tempat-tempat lain selain Mesir. Tempat yang berbeza memungkinkan tindakan dan langkah yang berbeza.

2. Beliau menyatakan itu hanyalah pandangan peribadi beliau.

3. Suasana ketika itu ialah suasana pembentukan negara.

4. Sebab utama penolakkannya ialah perpecahan sesama Islam.

Boleh difahami dari ucapannya, parti politik bukannya dianggap haram secara li zaa tih tetapi haram li ghoirih. Haram bersebab, bukannya haram sebab perkara (parti) itu sememangnya haram.

Dr Yusuf Al-Qardhawi yang merupakan anak didik Ikhwan Muslimin dan merupakan salah seorang pengkagum kepada pendapat Imam Hasan Al-Banna sendiri pun mengambil sikap dan pendapat yang menganggap parti politik boleh ditubuhkan dengan beberapa syarat;

1. Ia hendaklah mengiktiraf Islam sebagai akidah dan syariat, tidak memusuhinya atau mengingkarinya walaupun mempunyai ijtihad yang tersendiri dalam kefahamannya berdasarkan asas-asas ilmiah yang diakui.

2. Ia tidak bekerja untuk pihak yang memusuhi Islam dan umatnya walau apa nama dan kedudukannya.

Tidak dibolehkan menubuhkan parti yang menyeru kepada atheis, pergaulan bebas, sekular, mengecam agama langit khususnya Islam. Atau memperkecilkan Islam sama ada akidah atau syariat, Al-Quran atau Nabinya s.a.w.

Beliau menganggap berbilangnya parti Islam sama seperti berbilangnya mazhab-mazhab fiqh dalam Islam. Berbilangnya parti itu tidak boleh atas dasar apartheid, perkauman, geografi, kasta atau lain-lain lagi. Contoh bagi parti seperti itu ialah satu mazhab dalam politik yang mempunyai falsafah, usul dan method yang mengambil asasnya daripada Islam yang luas. Ahli parti itu adalah menyerupai pengikut mazhab fiqh. Semuanya menyokong pandangannya sebagai betul dan paling berhak untuk diperkuatkan.

Ketika menyentuh pendapat Imam Hasan Al-Banna, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan tidak menjadi kesalahan jika kita meninggalkan pendapat Al-Imam. Hal ini kerana suasana semasa serta keadaan pemikiran manusia juga telah banyak berubah. Malah beliau menyebut Al-Imam bukanlah seorang yang jumud dan fanatik dengan pendapatnya, bahkan jika beliau masih hidup mungkin beliau akan menukar fatwa atau pendapatnya mengikut keadaan semasa.

Walaupun ia berkenaan dengan berbilangnya jemaah Islam, tetapi falsafahnya boleh diambil dalam isu hukum parti politik.

Namun diulangi sekali lagi, apa pun alasan parti politik yang bersifat perkauman, atheis, yang menyubur ikhtilat dan yang menyimpang dari aqidah serta syariat Islam tidak dibolehkan sama sekali wujud.

-mohd asri omar-

Wednesday, June 2, 2010

Hanya 1 antara 2..pilihlah..

Ramai orang tidak rasa bersalah bahkan bangga berkata "saya seorang muslim yg berfahaman nasionalis", saya tidak mengerti bagaimana kedua2 pegangan ini boleh bersama??? Apakah sumber ilhamnya al-Quran atau tulisan2 Jean-Jacques Rousseau.. apakah seorang manusia itu boleh menerima manusia yg berkata "saya kritistian-muslim"..atau "budha-muslim".. perlu diketahui bahawa Nasionalisme bukan semata2 teori masyarakat tetapi akidah.. pilih satu antara dua... Inna Deen na In Da Allahi Islam...

Nasionalisme telah membuang jauh persaudaraan Islam, ukhuwwah Islamiyyah serta persaudaraan insani/kemanusiaan dan menggantikannya dengan Asobiyyah bangsa, kenegerian dan budaya yang sempit. Tidakkah mereka tahu bahawa kita semua adalah adik beradik atau mungkin sepupu, dua pupu atau 5000 pupu.. Datuk kita Adam dan Nenek kita Hawa.. jadi perlukah diperjuangkan bangsa dengan asobiyyah yg sangat sempit jika kita semua bersaudara..

Jika kita ingin menaikkan atau melonjakkan pencapaian bangsa atau negara kita, rasanya tidak perlulah kita menggemburkan dan memainkan sentimen bahawa kita sedang diancam oleh bangsa lain, jika kita tidak sedar kita akan merempat di bumi sendiri..

Sentimen ini akan membawa kepada persaingan yang bersifat permusuhan dan bukannya persaingan yang sihat.. persaingan ini juga akan menyebabkan golongan yg lemah daripada satu2 bangsa tertindas dan tidak diberi keadilan sewajarnya..

Hal ini kerana orang melayu diajar yg cina musuh dan tidak perlu ditolong.. orang cina pula diajar yg melayu musuh kita dan jika mereka susah pun tak perlu tolong..

inilah bahana nasionalisme, cukuplah dengan Islam.. dalamnya ada cintakan tanah air, ada cintakan keluarga, ada cintakan bangsa.. tetapi cinta secara islam tidak mengajar kita memusuhi bangsa lain untuk maju.. bahkan cinta itu adalah cinta yg penuh toleransi atas semangat li taarafu(berkenal-kenalan)..

-mohd asri omar-

Sunday, January 31, 2010

Royalti : Semata-mata Duit atau Tuntutan Syariat

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah menyebut “Syariat Islam datang bagi menggarap dan melengkapkan kebaikan atau bagi menyekat dan mengurangkan keburukan” – Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah.

Syariat Islam yang Allah wahyukan dan Nabi begitu bersusah-payah kerananya, sehinggakan patah giginya, hampir dibunuh kerananya dan keseluruhan hidupnya diperuntukkan berjuang menegakkannya adalah syariat yang menjaga perkara-perkara berikut, tiada Islam tanpanya:

1. Agama
2. Nyawa
3. Maruah
4. Harta
5. Keturunan

Ia adalah perkara dhoruriyyah, bukan haajiyyah bukan tahsiniyah..

Ia juga disebut sebagai maqasid syariah, iaitu tujuan kenapa Islam diturunkan.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

من قتل دون ماله فهو شهيد

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid. [Hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan At-Tirmizi]


Dalam Sunan An-Nasa'ie ada menyebut dengan lebih jelas iaitu:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

من قاتل دون ماله فقتل فهو شهيد

Maksudnya:

"Sesiapa yang berperang dalam mempertahankan hartanya lalu dibunuh, maka dia mati syahid".


[Hadith riwayat An-Nasa'i dalam Sunannya pada kitab Tahrim Ad-Dam]

Dalam sunan Abi Daud juga ada menyebut hadith yang lebih terperinci:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله أو دون دمه أو دون دينه فهو شهيد

Maksudnya: "Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid. Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, atau kerana mempertahankan darahnya atau mempertahankan agamanya, maka dia mati syahid". [Hadith ini turut diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan sebagainya]

Hadith ini memberi gambaran andai seseorang itu mati kerana mempertahankan harta, ahli keluarga, darahnya atau agamanya, maka dia dikira sebagai mati syahid. Mati mempertahankan tanah air (merujuk kepada Madinah juga) termasuk dalam mempertahankan ahli keluarga, harta dan malah agama juga.

Sehinggakan jika kita mati mempertahankan perkara-perkara di atas tadi, maka Nabi menjanjikan kita akan diberi paha mati syahid.

Berbalik kepada isu royalti, kita perlu jelas kenapa kita rakyat Kelantan perlu menolak wang ehsan dan berjuang menuntut royalti. Ia adalah kerana ia harta kita, ia milik kita, ia telah dirampas dan dirompak dari tangan kita.

Analoginya mudah. Ia sama seperti keadaan di mana orang mahu merompak rumah kita, bagaimana keadaan kita? Pastinya kita akan pertahankan dengan segala kekuatan yang ada, bahkan nyawa kita pun dipertaruhkan.

Kerana kita yakin dengan janji Nabi. Apa? Nabi pernah menjanjikan pahala syahid kepada orang yang mati mempertahankan haknya.

Royalti adalah sama keadaannya, berjuang menuntutnya adalah jihad, letih kerananya dihapuskan dosa, sibuk kerananya dijanjikan kelapangan di syurga dan berjaya mendapatkannya adalah nikmat dunia. Sama seperti nikmat gaji yang kita bekerja kerananya setiap hari.

Kenapa menolak wang ehsan?? Kerana ia melibatkan maruah, satu perkara yang menjaganya adalah wajib, dan mengabaikannya adalah dosa. Apabila wang kita dirompak dan kononnya dipulangkan sebagai ihsan, ia adalah perbuatan paling biadap dan mempermainkan kita, sebagai insan.. di mana maruah kita??

Jika kita dikurung tanpa apa-apa kesalahan, dan sebagai syarat pelepasan kita diminta sujud memohon ehsan... sanggupkah kita???

Royalti wajib dituntut, ia bukan hanya soal wang.. ia adalah soal agama dan menjadi tuntutan syariat.. melakukannya berpahala dan meninggalkannya berdosa..

Ayuh wahai saudaraku rakyat Kelantan.. bersama berpegangan tangan, bahu-membahu menetang kezaliman ini.. ayuh kita berdoa, bukankah doa orang dizalimi dimakbulkan..

Wahai rakyat negeri lain, kamu sedang melihat satu kezaliman di depan mata, maka bantulah orang yang dizalimi dan menzalimi..

-mohd asri omar-