Sunday, January 31, 2010

Royalti : Semata-mata Duit atau Tuntutan Syariat

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah menyebut “Syariat Islam datang bagi menggarap dan melengkapkan kebaikan atau bagi menyekat dan mengurangkan keburukan” – Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah.

Syariat Islam yang Allah wahyukan dan Nabi begitu bersusah-payah kerananya, sehinggakan patah giginya, hampir dibunuh kerananya dan keseluruhan hidupnya diperuntukkan berjuang menegakkannya adalah syariat yang menjaga perkara-perkara berikut, tiada Islam tanpanya:

1. Agama
2. Nyawa
3. Maruah
4. Harta
5. Keturunan

Ia adalah perkara dhoruriyyah, bukan haajiyyah bukan tahsiniyah..

Ia juga disebut sebagai maqasid syariah, iaitu tujuan kenapa Islam diturunkan.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

من قتل دون ماله فهو شهيد

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid. [Hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan At-Tirmizi]


Dalam Sunan An-Nasa'ie ada menyebut dengan lebih jelas iaitu:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

من قاتل دون ماله فقتل فهو شهيد

Maksudnya:

"Sesiapa yang berperang dalam mempertahankan hartanya lalu dibunuh, maka dia mati syahid".


[Hadith riwayat An-Nasa'i dalam Sunannya pada kitab Tahrim Ad-Dam]

Dalam sunan Abi Daud juga ada menyebut hadith yang lebih terperinci:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله أو دون دمه أو دون دينه فهو شهيد

Maksudnya: "Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid. Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, atau kerana mempertahankan darahnya atau mempertahankan agamanya, maka dia mati syahid". [Hadith ini turut diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan sebagainya]

Hadith ini memberi gambaran andai seseorang itu mati kerana mempertahankan harta, ahli keluarga, darahnya atau agamanya, maka dia dikira sebagai mati syahid. Mati mempertahankan tanah air (merujuk kepada Madinah juga) termasuk dalam mempertahankan ahli keluarga, harta dan malah agama juga.

Sehinggakan jika kita mati mempertahankan perkara-perkara di atas tadi, maka Nabi menjanjikan kita akan diberi paha mati syahid.

Berbalik kepada isu royalti, kita perlu jelas kenapa kita rakyat Kelantan perlu menolak wang ehsan dan berjuang menuntut royalti. Ia adalah kerana ia harta kita, ia milik kita, ia telah dirampas dan dirompak dari tangan kita.

Analoginya mudah. Ia sama seperti keadaan di mana orang mahu merompak rumah kita, bagaimana keadaan kita? Pastinya kita akan pertahankan dengan segala kekuatan yang ada, bahkan nyawa kita pun dipertaruhkan.

Kerana kita yakin dengan janji Nabi. Apa? Nabi pernah menjanjikan pahala syahid kepada orang yang mati mempertahankan haknya.

Royalti adalah sama keadaannya, berjuang menuntutnya adalah jihad, letih kerananya dihapuskan dosa, sibuk kerananya dijanjikan kelapangan di syurga dan berjaya mendapatkannya adalah nikmat dunia. Sama seperti nikmat gaji yang kita bekerja kerananya setiap hari.

Kenapa menolak wang ehsan?? Kerana ia melibatkan maruah, satu perkara yang menjaganya adalah wajib, dan mengabaikannya adalah dosa. Apabila wang kita dirompak dan kononnya dipulangkan sebagai ihsan, ia adalah perbuatan paling biadap dan mempermainkan kita, sebagai insan.. di mana maruah kita??

Jika kita dikurung tanpa apa-apa kesalahan, dan sebagai syarat pelepasan kita diminta sujud memohon ehsan... sanggupkah kita???

Royalti wajib dituntut, ia bukan hanya soal wang.. ia adalah soal agama dan menjadi tuntutan syariat.. melakukannya berpahala dan meninggalkannya berdosa..

Ayuh wahai saudaraku rakyat Kelantan.. bersama berpegangan tangan, bahu-membahu menetang kezaliman ini.. ayuh kita berdoa, bukankah doa orang dizalimi dimakbulkan..

Wahai rakyat negeri lain, kamu sedang melihat satu kezaliman di depan mata, maka bantulah orang yang dizalimi dan menzalimi..

-mohd asri omar-